Saturday, March 26, 2011

AKU SAYANG BUMI..

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup pegang TIN minuman
yang sudah habis sehingga aku jumpa
Tong Sampah RECYCLE dan letak kesana.

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup bagitahu
Pak Cik, Mak Cik, akak, abang ,adik
Saudara-saudaraku,, awekku atau isteriku
buang sampah kedalam tong sampah.

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup membawa beg serbaguna
kemana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja
semasa aku berbelanja
aku tidak malu membawanya bersama

Akus sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku tidak akan cetak banyak-banyak
artikel,dalam bentuk kertas
sayang pokok yang ditebang utk buat kertas

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup sebar sms
"AKU SAYANG BUMI"
Hantar emel atau artikel
"AKU SAYANG BUMI"

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
AKu akan buat program "Keluarga BUMI"
kerana didikan kempen keluarga lebih baik

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Setiap Hari adalah Hari BUMI
Bumi juga makhluk ALLAH S.w.T
Bumi juga patut mendapatkan doa.

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku berusaha meminta saintis
mempercepatkan BioFuel..

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku buat apa yang termampu
Kerana aku tahu
apa yang hendak dibuat memang mustahil.

SAYANGI BUMI kita
kita buatlah apa yang patut
Untuk Selamatkan BUMI kita...


Nukilan Faezan Amidun
27 March 2011

No comments:

Post a Comment