Tuesday, September 28, 2010

Kenapa 153???

Artikel 153 yang diperjelaskan dalam kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontroversi semenjak Hari kemerdekaan Malaysia dan Lee Kuan Yew merupakan ahli politik yang lantang mempersoalkan keperlua artikel ini sehingga beliau Menjaid Perdana Menteri Singapura. Bagi sesetengah pihak Artikel 153 meletakan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu.

Secara umum kita semua mengetahui Artikel 153 ini adalah di bawah tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu (Majlis Raja-Raja) bagi menjaga kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bumi putera Malaysia. Hanya perkenan Raja-raja Melayu sahaja yang boleh meminda Artikel ini dan Parlimen tidak mempunyai kuasa penuh untuk sebarang pindaan.Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia.

Tetapi perhatikan ironi dan hipokrisi penaakulan (reasoning) barisan intelek kaum tertentu. Mereka tidak teragak-agak bersandar kepada apa juga artikel perlembagaan yang lain, selagi perbuatan itu boleh memanjangkan dan memenangkan hujah mereka. Mereka berpendapat bahawa artikel ini amat berat sebelah kepada kaum yang termaktub dalam artikel ini dan ada yang berpendapat bahawa kerajaan berat sebelah.Perhatikan perbuatan ini dalam kes mempertahankan kebebasan untuk murtad atau kebebasan mempertikaikan segala sesuatu yang dilihat istimewa tentang kaum yang termaktub dalam artikel 153.

Namun juga amati, perhatikan, tafakurkan, dan tawajuhkanlah jika biasa dengan kaedah ini – bahawa dalam berbuat itu semua mereka langsung tidak mahu menyebut Artikel 153. Seolah-olah Artikel 153 tidak wujud...