Sunday, February 28, 2010

Lihatlah dari mata yang jelas...

Amatlah dukacita, di kala kehausan ilmu, tercari-cari, isu-isu makin banyak yang belum terjawab, penularan pemikiran yang salah merebak dengan pantas dalam era globalisasi, unsur-unsur pengajaran yang bercanggah dengan ajaran tersebar di sana-sini. Kejahilan jela kelihatan dan kehausan idea dan isu menular menjadi berita,cerita dan derita. Hal ini menunjukkan kegawatan mencari sesuatu agar lebih hangat dari selalu malahan ingin menjadikan api agar lebih panas daripada selalu. Bermula lah dengan cerita tentang "seseorang" dengan pelbagai saluran yang mudah merebak dan mudah disampaikan bertujuan mengaibkan seseorang agra seseorangitu menjadi malu dan akan berasa aib di khalayak ramai (pernah kah penyebar ini berfikir ada ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui sedang memerhati keadaan yang sebenar dan akan diperlihatkan keadaan yang sebenar di akhirt kelak?) . Justeru ALLAH S.W.T memberi peringatan agar mengenai bahaya fitnah. FirmanNya "dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan" (Sural Al-Baqarah,ayat 191)

Islam mempunyai kaedah lebih ketat serta pengajarannya bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Penyebar khabar angin biasanya berkata seperti mereka melihat,mendengar,serta berada ditempat yang sebenar mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar seperti kebenaran cerita adalah seperti yang disebarkan.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya tetapi berkaitan dalam mengaibkan seseorang. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

1 comment:

  1. salam jenguk dah lama...

    biar difitnah, jangan memfitnah
    biar dibodek, jangan membodek
    biar dituduh, jangan menuduh
    biar ditikam, jangan menikam

    Allah bersama orang yang sabar harungi fitnah dunia

    renung2kan...

    jaga diri, jaga solat, jaga peribadi, jaga amanah..

    (sori lama hilang, henset dah takde..)


    wassalam.. =)

    ReplyDelete