Wednesday, December 1, 2010

Alhamdulillah.. bersyukurlah

Jika anda tinggal di rumah yang baik, meiliki cukup makanan dan dapat membaca..anda adalah sebahagian kelompok yang terpilih.

Jika anda bangun pagi dan merasa sihat..anda beruntung dari jutaan orang yang mungkin tidak akan dapat bertahan hidup minggu ini.

Jika anda tidak pernah merasakan bahaya perang, kesepian kerana dipenjara, kesakitan kerana penyeksaan, atau kelaparan..anda berada selangkah lebih maju dibandingkan 500juta orang di dunia..

Jika anda dapat menghadiri majlis ilmu, majlis keagamaan dan pertemuan dengan orang besar ,serta pertemuan politik tanpa merasa takut akan dilecehkan, ditangkap, diseksa, atau mati..anda beruntung kerana lebih dari 3juta orang di dunia ini tidak dapat melakukannya..

Jika anda memiliki makanan di peti sejuk, baju-baju di almari pakaian, dan memiliki atap ataupun bumbung yang menaungi tempat anda beristirahat..anada lebih kaya dari 65% penduduk didunia ini.

Jika orang tua anda masih hidup dan menikmati kebahagian kehidupan pernikahan mereka..maka anda salah satu dari kelompok orang yang dikategorikan bahagia..

Jika anda mampu menegakkan kepala dengan senyuman di bibir dan berasa benar-benar bahagia..anda memiliki keistimewaan tersendiri, kerana sebahagian besar orang tidak memperoleh kenikmatan tersebut..

Jika anda mampu memaafkan orang yang bersalahh kepada anda..anda baru sahaja membuka pintu kemaafan orang lain untuk anda dan anda baru sahaja mendapat pahala dan kebahagiaan yang begitu indah dan anda juga baru mengikat ikatan silaturahim yang lebih kukuh..

Jika anda dapat membaca renungan ini..anda baru sahaja menerima kurniaan berganda, kerana seseorang memikirkan anda, dan anda jauh lebih beruntung dibandingkan lebih dari satu juta orang yang tidak dapat membaca sama sekali.

Semoga anda menikmati hari yang indah pada setiap hari kerana setiap hari itu mempunyai keistimewaan tersendiri..Keistimewaan itu anda yang mencorakkan hari-hari anda sendiri..sebagaimana anda inginkan kebahagiaan dan keistimewaan.Jangan di hitung betapa ruginya anda tetapi hitunglah betappa bahagia dan beuntungnya anda menikmati hari-hari yang teristimewa dengan cara yang tersendiri..ANDA mencoraknya dan ALLAH S.W.T akan menentukan selebihnya untuk kebahagiaan anda di dunia dan di akhirat..Bersyukurlah dengan segala pemberian yang ALLAH S.W.T kurniakan kepada kita. Bersyukurlah segala nikmat dan juga ujian yang diberikan.. Tidaklah dikehendaki sesuatu hanya untuk disia-siakan.. kita hanya nikmati hidup yang sementara ini..

No comments:

Post a Comment