Monday, November 8, 2010

Rahsia Ungkapan bertasbihlah (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahuakbar) penghilang kepenatan..

Buka lah dan baca serta fahami Al Quran Surat Al Hijr (15) ayat 97-98, ketika Nabi mendapati kesedihan dan himpitan dada karena perilaku orang-orang di sekitarnya, perintah yang turun adalah BERTASBIH dan BERTAHMID. QS 15 ayat 97-98: Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji TuhanMu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud.

Lihatlah Al Quran Surat An Nashr (110), ketika Nabi mendapatkan kemenangan besar seiring dengan penaklukan Mekkah, bukan perayaan yang dilakukan, tetapi BERTASBIH baru kemudian BERTAHMID. QS 110 ayat 3 : Maka bertasbihlah dengan memuji TuhamMu dan mohonlah ampun kepadaNya …

sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah r.a...

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah dtg membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia & mintalah seorang khadam untuk membantumu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya & menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda s.a.w pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w berkata :
“Apakah kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yg lebih baik daripada apa yg kamu minta daripada ku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali & bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w ajarkan kepada anak & menantunya bagi meringankan keletihan & kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w ini. Katanya : “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”

Maka dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) & ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas & istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria d wajah pd keesokan hari dgn senyuman.

1 comment:

  1. :) semoga segala ilmu yg adik kongsi bersama mdapat gnjrn dn dinilai oleh Allah sbg satu amal soleh..dan amal soleh itu tdk ditngguh lg dan semoga dipjgkn amal soleh tu^___^

    ReplyDelete