Diceritakan oleh Ali bin Ali Talib bahawa sewaktu Rasulullah S.A.W duduk bersama sahabat Muhajirin dan Ansar di Madinah, tiba-tiba datanglah beberapa orang Yahudi dalam satu rombongan. Setelah bertemu Rasulullah mereka berkata "Ya Muhammad, kami hendak bertanya kpd kamu tentang kalimah-kalimah yang telah diberikan oleh ALLAH kepada nabi Musa a.s dan tidak diberikan kecuali kpd para Nabi utusan ALLAH atau Malaikat Muqarrab" Salah seorang daripada mereka berkata, "Sila terangkan kpd kami tentang solat lima waktu yang diwajibkan oleh ALLAH keatas umatmu.
"Sabda Rasulullah S.A.W "Masa solat zuhur iaitu ketika mahari tergelincir merupakan saat segala sesuatu bertasbih kepada Tuhannya. Masa solat Asar itu adalah saat ketika Nabi Adam A.S memakan buah khuldi. Solat maghrib it adalah saat ALLAH menerima taubat Nabi Adam A.S . Solat Isyak itu adalah solat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Solat Subuh dilaksanakan sebelum terbit matahari kerana apabila matahri terbit tumbuh dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya setiap orang kafir"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W lalu mereka berkata "Memang bnar apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala oleh orang yang bersolat ?"
Rasulullah S.A.W bersabda "Jagalah semua waktu solat terutama solat yang pertengahan. Solat Zuhur pada saat itu bernyalanya neraka jahanam.. Orang mukmin yan mengerjakan solat pada waktu itu akan diharamkan ke atasnya wap neraka jahanam pada hari kiamat. Manakala solat Asar merupakan yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dozanya seperti bayi yang baru lahir."Selepas itu Rasulullah S.A.W membaca ayat yang bermaksud, "Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat pertengahan" Kemudian baginda melanjutkan, Solat Maghrib itu adalah saat dimana taubat Nabi Adam A.S diterima.
Seorang berdoa mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib dan berdoa meminta sesuatu daripada ALLAH,maka pasti ALLAH akan mengabulkan permintaannya. solat Isyak seperti berada dalam kubur yang sangat gelap dan begitu pula Hari Kiamat. sebagai orang mukmin yang berjalan malam yang gelap untu pergi menunaikan Solat Isyak berjemaah, ALLAH S.W.T haramkan dirinya daripada terkena api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirat.
" Rasulullah berhenti sekejap dan melanjutkan "Sedangkan solat subuh amatlah penting kerana seseoaran mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40hari secara berjemaah, ALLAH S.W.T akan membebaskannya daripada dua perkara iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifak (munafik)".setelah orang Yahudi mendengar penjelasan Rasulallah S.A.W mereka berkata, "Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad. Kini katakanlah pula kepada kami semua,kenapakah ALLAH S.W.T mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?""Ketika Nabi Adam A.S memakan buah pohon khuldi yang dilarang lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S selama 30 hari. Mereka hanya dibenarkan makan pada waktu malam sebagai kurnia ALLAH S.W.T kepada makhluk-Nya," sabda Rasulullah S.A.W."wahai Muhammad,memang benarlah apa yang kamu katakan itu. kini terangkan kepada kami mengenai pahala yang diperoleh daripada berpuasa itu," kata orang Yahudi itu lagi. sabda Rasulullah S.A.W,"Seorang yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada ALLAH S.W.T, dia akan diberikan oleh ALLAH S.W.T tujuh perkara iaitu
1) Dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya.(daging yg tumbuh drpd makanan yg HARAM)
2)Rahmat ALLAH S.W.T sentiasa dekat dengannya.
3)Diberikan oleh ALLAH S.W.T sebaik-baik amal.
4)Dijauhkan lapar dan dahaga.
5)Diringankan baginya seksa kubur(yang amat mengerikan)
6)diberikan cahaya oleh ALLAH S.W.T pada hari kiamatuntuk menyeberang Titian sirat.
7)ALLAH S.W.T akan menempatkannya diSyurga
"Benar apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu berbanding semua Nabi,"mohon orang Yahudi itu untuk soalan yang terakhir."semua Nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya tetapi aku tetap menyimpan doa itu untuk digunakan memberi syafaat kepada umatku pada hari Kiamat." jawab Rasulullah S.A.WAkhirnya orang Yahudi itu berikrar. "Benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad dan kini kami mengakui dengan ucapan AsyhaduALLA illahaillallah,wa annaka Rasulullah (Kami bersaksi bahawa tiada TUHAN melainkan ALLAH dan engkau utusan ALLAH)."
Sekumpulan orang Yahudi itupun masuk ISLAM.Seseungguhnya mereka telah mendengar khabar tentang Nabi terakhir ini dan ajaran syariat yang sempurna daripada apa yang mereka miliki. Pertanyaan-pertanyaan itu hanya untuk memastikan kebenaran tentang apa yang mereka dengar sebelum itu dan melihat sendiri kehebatan sifat siddiq yang ada pada diri Rasulullah S.A.W
Wednesday, November 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment