Sunday, July 17, 2011

Semusim buah mangga seumpama kemunculan purnama

Semusim buah mangga,kehadiran MUSIMNYA mempengaruhi persekitaran sungguhpun ianya hanyalah "BUAH MANGGA" seumpama PURNAMA muncul hanya sekali dalam kitarannya. Tatkala ia menimbulkan diri,amatilah ia selagi mampu. Tidak mungkin akan kedapatan untuk mengamatinya lagi jika ia sudah menghilang pada kitarannya itu. Jika terlepas pada kitarannya itu berdoalah agar masih ada kesempatan pada masa akan datang untuk menatap PURNAMA.

Mangga berbuah dalam musimnya sungguhpun kini terdapat teknologi sains membolehkan ia berbuah sepanjang musim namun ia amat berbeza dalam musimnya yang tersendiri,. Musim yang dinanti bagi yang memiliki pohon mangga, musimnya datang memberikan hasil lumayan bagi yang menuai buahnya,. kehadirannya mempengaruhi persekitaran sungguhpun ianya hanyalah "BUAH MANGGA",tetapi hasilnya dan kualiti buah yang bakal dituai itu adalah lebih penting. Semusim ia berbuah dalam semua buah yang ada itu terdapat sebilangan buah yang gugur ke muka bumi, ternyata yang jatuh itu menjadi rezeki kepada makhluk ALLAH S.W.T yang lain dan bukan hanya hak manusia semata-mata jika diamati pohon mangga itu terdapat teman yang menemani seperti burung dengan sarangnya, kerengga dengan sarangnya dan lebah dengan sarangnya. Ternyata semusim buah mangga ini membuat lebih banyak makhluk ALLAH senyum dan mengingatkan diri manusia itu sendiri tentang erti kehidupan serta keagungan Ilahi. sebelum musimnya tiba pepohon melalui masa-masa kesukaran dalam mengharungi musim-musim yang lain sebelum tiba musimnya. Bila tibanya musim berbuah , selain ia memberikan hasil ,ia mewarnakan suasana persekitarannya. Musim berbuahnya pada kali ini amat berbeza pada yang sebelum dan masa akan datang keriangan dan suasana persekitaran dan orang yang menemani MUSIMNYA. Jika berkesempatan jaga dengan baik pohon mangga tersebut baja dan ubati dari jangkitan penyakit serta kukuhkan pohonnya agar ia tetap utuh dimuka bumi ALLAH. Semoga berkesempatan menikmati musim mangga pada masa akan datang.


Zan memilih "MANGGA" sebagai analogi dalam menyampaikan hasrat dihati dalam perkongsian ini. Yang merasakannya dan yang menginsafi kehadiran MUSIMNYA akan mengetahui masa tetap berlalu dan peluang serta kesempatan itu tetap ada selagi mengambil peluang dan kesempatan yang ada. Yang lalai dan tidak bersedia akan terlepas musim itu begitu sahaja dan mengharapkan musim yang akan datang jika BERKESEMPATAN namun adakah ia masih sama. Usah difikirkan sangat adakah ia sama ataupun tidak tapi fikirkan bila tiba MUSIMNYA rebutlah ia kerana jika sekali lagi kita terlepas MUSIMNYA mungkinkah kita MASIH ada peluang menikmati MUSIMNYA pada musim hadapan..

No comments:

Post a Comment