Wednesday, July 1, 2009

Broken the code.....








Huh penat lah pa ni??? ### $$$$$ %%% pa ni maksud ny,
tiba-tiba ada kata2 2 alah gurau sj tu.. aku memang tak faham pa yg di kata. Tak pa lah esok2 aku fikir dengar sekali lg C#m$&u wah betul kah???kenapa aku yg mengeluarkan kata2 tak sangka ya.. ahhahahahhahahahha
Adus sakit lg knp ni tak tahan sakit, aku semakin faham apa maksudnya tapi aku fikir memanjang ni hatiku berdegup2 kencang nie.....Wah betulkah nie???? semakin banyak &0$!? nie takut lah org slh fhm tapi

""The truth meaning of ""

Kadang susah nak fhm ntafsir kata2 org itu, tapi kita blh tafsir dengan Body language yang tidak menipu kerana otak mengeluarkan hormon yang mengawal pergerakkan badan secara semula jadi semula jadi, kadang kala kata2 tdk menggambarkan maksud kata2 seseorang. Yes, im mean it ...

Saturday, June 27, 2009

Adik2 Siswa & Siswi baru...

Kenapa sedih apabila berpisah
Kenapa tidak sedih ketika berjumpa
Kenapa sedih akan perpisahan
Kenapa tidak sedih akan perjumpaan

Apabila kita berjumpa buat pertama kalinya
Kita tahu kita akan berpisah jua suatu hari nanti
Apabila kita berpisah jika ada jodoh sahaja
peratus kita berjumpa akan tinggi

Semalam aku (sbg AJK Protokol dan Sambutan Pelajar) bertugas di Terminal Penerbangan 1 menyambut kedatangan pelajar baru Universiti Malaysia Sabah,ada dengan keluarga ada yang datang seorang sedihnya apabila setiap mereka melihat kehadiran kami (PROSAM) di Terminal Penerbangan 1 dalam keadaan itu ada lagi masih Keadaan yang blur seperti tidak percaya akan datang ke Negeri DI Bawah Bayu ini. "Adik jangan risau kami (pelajar senior) akan bantu adik-adik yang baru datang ini"pesan daripada Pembimbing Suai Mesra (PSM) kepada adik2 yang baru datang dengan membawa berjuta harapan untuk cemerlang di puncak Menara Gading.Dengan ini perjumpaan semalam akan membawa sebuah episod baru di Kampus dan mencorak kehidupan mahasiswa dan mahasiswi UMS keseluruhannya.dan hari ini aku akan berada di Terminal Penerbangan 2 menyambut kedatangan adik-adik yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi UMS tercinta.

Kehadiran adik-adik semalam aku tahu bahawa suatu hari nanti kita akan berpisah jua insyallah ada jodoh ALLAH pertemukan jua..

Saturday, June 13, 2009

Nafas perjuangan baru...

Mungkin disebabkan tekanan arus teknologi dan persaingan globalisasi menyebabkan kita lupa apa yang diperlukan,sebagai mahasiswa turut terlibat jadi mangsa tekanan ini.
Namun jika dilihat pada masa kini mahasiswa kita cenderung akan yang dikira baik ada buat "derk" dalam bilik kata study tapi lap top di buka game dibuatnya alahai dan ada juga yang benar betul2 study nak target Anugerah Dekan (pointer tinggi) wah! hebat memang hebat betul2 hebat tapi masa dunia pekerjaaan pa yang sebenar-benarnya dikehendaki ya??? Wallahualam Bisawab... Lesu atau tidak lesu itu mahasiswa sudah pandai fikir mana satu yang betul atau tidak.
Jika dilihat mahasiswa kita nie yang berjuang susah jugak kerana mereka lebih cenderung dengan perjuangan politik bukan seperti dahulu nama Aminuddin Baki salah satu pelajar yang aktif dalam perjuangan dalam {Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)} memartabatkan bangsa dan negara,kisah perjuanagan mereka menghiasi dada akhbar serta jadi tajuk berita utama,malah mereka yang terdahulu lebih mengharapkan kesinambungan perjuangan mahasiswa pada masa kini.
Namun apa yang kita teruskan?? kenapa kita terikut-ikut akan perjuangan ideologi politik dalam perjuangan mahasiswa jika dituntut perjuangan mahasiswa, mahasiswa bukan sahaja tuntut hak diri sebagai mahasiswa tapi masyarakat Malaysia keseluruhannya. Hal ini disebabkan kita sebagai mahasiswa sudah dikira bilangan yang ramai dan bilanangan besar yang dikira matang dan bijak berfikir mampu melihat perbezaan apa yang betul dan salah malahan kita adalah salah seorang ada pertalian darah sebagai anak/anak saudara/cucu /adik abang /kakak salah seorang atau lebih kepada rakyat Malaysia.Apa pun fikir-fikirkanlah..

Tuesday, April 28, 2009

Surat buat anda,,

Asalamualaikum W.B.T,,,

Semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat walafiat,

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan manusia bukan yang sempurna untuk diAgungkan dan bukan terlalu lemah untuk direndahkan,Malah manusia dipertanggungjawabkan sebagai KHALIFAH. Jadilah KHALIFAH yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. ALLAH menjadikan tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.

Berpantang akan maut dan apa kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persediaan manusia agaknya sedikit, orang yang akan menolong manusia tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”

Persiapan bekal yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.

Suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.

Maka sekarang, ingatlah dengan saksama wahai manusia, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus jangan berhenti.

Tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan kita diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!

Oleh sebab itu pandanglah isi surat ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.Alhamdulillah anda telah baca sehingga habis surat ini buat renungan kita bersama,Wasalam..

Wallahualam Bisawab.

Monday, April 20, 2009

Hati manusia..

Disini nak berpesan kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian.
Berhati-hati dlm badan kita ni ada seketul daging,
kalau baik bagus lh isi nya tapi jika tidak merbahaya
knp?? hasad dengki,cemburu adalah penyakit yang bahaya
kerana bila penyakit ini merebak menjadi parah akan timbul lh
fitnah dan akan mengeluarkan macam-macam cerita.
Cerita benar atau bohong Wallahualam Bisawab .
Dan jika nak tegur pun berdepan
"jangan cakap belakang"
baik berdepan takut masa mati nanti kita disoal
kenapa tidak tegur perbuatan yang salah.
Apa pun perbuatan bai atau jahat boleh dilihat masa akhirat nanti
masa tu azab malu alahai Wallahualam Bisawab,
Disini nak promote skali jom muhasabah diri bersama-sama..

Tuesday, April 14, 2009

Kita pohon....

Kita pohon kekuatan,
ALLAH beri kita kesulitan agar kita menjadi kuat.
Kita pohon keteguhan hati,
ALLAH beri masalah untuk diatasi.
Kita pohon keyakinan,
ALLAH beri ujian untuk mantapkan iman dan jiwa.
Kita pohon cinta,
ALLAH berikan insan yang tulus untuk didampingi.
Adakalanya kita tidak dapat apa yang kita ingini namun kita dapat apa yang kita perlukan......

Sunday, April 5, 2009

Warisan..

Beberapa hari ni,entah kenapa bila terfikir akan lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang bertajuk Warisan. Sesuatu yang menarik mengenai lagu ini..


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

C/O

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan
cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

C/O

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Siapakah kita? penyambung warisan? Fikir-fikirkan lah.