Kerana kasihkan manusia hati menjadi gelap,
mata tidak mampu lagi memerhati,
akal tidak berdaya mentafsir,
jiwa kosong bagai terisi,
umpama dunia milik kita yang abadi,
jangan terperangkap ilusi,
kelak implikasi tidak seindah imaginasi
yang kononnya kini sedang dalam realiti,
penlaian terhadap seseorang bukan pada pengzahiran,
tapi terjemahlah melalui hati.
Sunday, March 15, 2009
Wednesday, March 4, 2009
Politik negara
Cadangan supaya kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya 'tidak adil' kepada rakyat negeri itu.Rakyat sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan' untuk mentadbir negara dengan berkesan.Dalam menangani isu politik kerajaan mahupun pembangkang seharusnya lebih bersifat neutral dalam menangani masalah politik,duduk berbincang bersama dan mencapai kata sepakat.Rakyat kini boleh nilai mana mainan politik semata-mata atau man a betul-betul adalah perjuangan yang sebenar dalam membela rakyat..Fikir-fikirkanlah kepada pemimpin masa hadapan.
Monday, March 2, 2009
Senyuman Ku
Terlukis senyum dibibir lesu,
tiada siapa yang tahu rentak dihati,
biarpun keruh di hulu,
mungkinkah jenuh di muara,
biarpun jenuh hidup dipalu,
pasti bertemu ketenangan yang satu...
Senyuman ku,
bukan lah beri makna yang sebenar
ku sambut dengan senyuman
sama ada yang baik atau buruk
biar derita adakah bahagia kemudian hari
biarpun sudah tahap yang menyakitkan dan bosan
pasti suatu hari nanti akan ada hikmah
bahawa semua itu akan menjadi baik..
tiada siapa yang tahu rentak dihati,
biarpun keruh di hulu,
mungkinkah jenuh di muara,
biarpun jenuh hidup dipalu,
pasti bertemu ketenangan yang satu...
Senyuman ku,
bukan lah beri makna yang sebenar
ku sambut dengan senyuman
sama ada yang baik atau buruk
biar derita adakah bahagia kemudian hari
biarpun sudah tahap yang menyakitkan dan bosan
pasti suatu hari nanti akan ada hikmah
bahawa semua itu akan menjadi baik..
Subscribe to:
Posts (Atom)