Monday, February 8, 2010

Mu'adz - Stand Up

"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"

Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier

Feel the heart of everyone
See through our differences

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other

Monday, January 25, 2010

MAHASISWA BANGKIT..No.4

Apalah erti omongan jika lekang dengan tindakan,
Harapan berkecai bak debu berterbangan jika tidak diampuh peranan,
Puas sudah gurindam dilagu, merungkai mengupas belenggu MAHASISWA,
Laungan dan panji-panji menggegar jiwa,
jumud dan kaku, makin sayup merintih sayu,

Namun kita pasti,
Fajar kini menyingsing lagi,
Menyingkap tirai membawa harapan seribu erti,
Namun menjadikan kegelapan kepada yang dengkal
Alpa dan iri hati,
Justeru BANGKITLAH MAHASISWA,
Penuh kesedaran dalam kematangan
Disuntik azam baru;
Gembelingkan tenaga, berpadu, kita teguh bersatu;
Perwajakan hati, perkasakan diri
Sedia kita tempuh segala seteru,
Kerana masa beredar dan bumi berputar
Memungkinkan perubahan yang tidak menentu.
Justeru bangunlah MAHASISWA yang mapan dan berdikari,
Dibawah laungan "SETIA KAWAN"
Agar kita duduk sama rendah, kita berdiri lebih tinggi,
MAHASISWA kita tidak perlu lagi dipengaruhi,
Kita sudah matang dalam erti perjuangan,
Agar jiwa MAHASISWA yang bermaruah
Tidak ditindas, tidak dihina, tidak perlu merintih lagi,
Mengibar panji di puncak perjuangan
Bukan lagi suatu mimpi;

BANGKITLAH MAHASISWA
Jangan kita tersungkur lagi;
Sejarah hitam jangan kita ulangi
Cukuplah hanya sekali,

BANGKITLAH MAHASISWA
Perjuangan ini kita isi, kita galas, kita tunjangi;
Biar adik-adik kita tidak malu untuk mengakui;
Bahawa hasil perjuangan kita bangga dikecapi;
Maruah MAHASISWA megah diwarisi.

BANGKITLAH..
Jangan terlalu selesa dengan keadaan.
BANGKITLAH MAHASISWA.. BANGKITLAH BERSAMA-SAMA..


Sunday, December 13, 2009

I'm back

Zan kembali...
Watak-watak utama..


Takut pa??






Say Cheese..
Masa cuti nie best sangat-sangat ,,macam-macam boleh belajar..
Jadi Baby Sitter nie??




Sunday, October 4, 2009

Ingatkan Zan....

Tolong ingatkan Zan,
andai Zan terlupakn ALLAH
dalam kelapangan & kesibukan
dalam kesenangan & kesusahan

Tolong ingatkan Zan,
jangan jadi anak derhaka
mak ayah jangan dilupakan
usah diluka hati dan perasaan


Tolong ingatkan Zan,
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan


Tolong ingatkan Zan,
dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hiburan


Tolong ingatkan Zan,
di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkn


Tolong ingatkan Zan,
jadilah sahabat yg baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran


Tolong ingatkan Zan,
kalau bercinta biar keranaNya
dlm memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan


Tolong ingatkan Zan,
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjAdi bekalan


Tolong ingatkan Zan,
diri ini milik Yg Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkn
segala-galanya Dialah tumpuan~

Monday, August 24, 2009

Tuntut Hormat..

Zaman kini ramai dalam kalangan individu mengejar akan pengaruh atau lebih ke arah materialistik (keduniaan) berbanding aspek nilai jati diri kerana apa menuntut hak yang dikatakan selayaknya menerima hak tersebut disebabkan pangkat atau darjat kekayaan duniawi yang dimiliki tanpa memikirkan pentingnya nilai jati diri yang membawa kerohanian dan kesahsiahan. Hal ini menyebabkan mereka yang berada tempat tertentu menuntut hak untuk dihormati walaupun pada dasarnya mereka adalah golongan yang tidak sepatutnya menerimanya. Kerana mereka adalah golongan yang menganggap mereka berada di tempat yang betul selayaknya dihormati oleh orang lain mungkin rasa syukur tidak mencukupi tetapi apa yang diperlukan sebenarnya???
Apakah hormat tersebut datang daripada satu pihak? Jika dituntut hormat datang apabila kita saling menghormati antara satu sama lain dalam erti kata lain saling hormat-menghormati.. Apabila kita menghormati orang lain bukan bermakna kita akur akan kekuatan yang dia ada tetapi inilah tuntutan hak sesama manusia. Sempena Ramadan ini kita hendaklah saling hormat-menghormati, dekati amalan yang mulia jauhi perkara yang membawa kemungkaran. Senyuman adalah salah satu sedekah dan amalan hormat-menghormati.. Jadi "jom SENYUM"

Thursday, August 6, 2009

Sembuh akhirnya...

Salam sekalian buat sekalinya bersyukur ke hadrat ilahi
apabila disembuhkan daripada demam panas,walaupun sudah hampir 1minggu lepas diserang daripada demem panas yang melampau.hehehheh betul lah 40darjah tu tengah hari khamis lepas aku pergi Pusat Rawatan Warga UMS keputusan hasil pemeriksaan aku didapati demam panas 40darjah,dalam hati risau gak ni pa penyakit nie..
Akhirnya Dr. Than (Dr. di Pusat Rawatan Warga) menelefon MPP (yg dtg tu abg Presiden dan T.Presiden )agar saya dirujuk di Q.E.H dan sepanjang petang tersebut di Q.E.H dan darah di ambil tu tiga kali. Alhamdulillah saya sihat tidak dijangkiti H1N1..
Buat MPP 0809 thanks atas bantuan semoga ALLAH Merahmati pimpinan sekarang ini dan terus menjdi cth untuk pimpinan akan datang,,buat rakan-rakan thanks atas sokongan walaupn anda takut dgn sy bbrp hr tu.. Teruskan Perjuangan..

Tuesday, July 28, 2009

Cerita....

Kadang kala masalah tak akan pernah tamat,.
Yalah kadang kala masalh itu berkesinambungan
macam cerita drama dalam TV tu
boleh jual cerita nie,,hehehehe
Aku faham kehidupan ini kita kena tempuhi
Kerana kita adalah pelakon utama dalam cerita kehidupan kita sendiri
yang penting kena ikut landasan utama.
Skrip kadang spontan dan perwatakan kita adalah diri kita sendiri
yang penting AGAMA kita adalah panduan
Kitab-kitab AGAMA kita adalah rujukan
Padang Mahsyar adalah tempat berlangsungnya pemberian
anugerah masing-masing kepada para pelakon yang berjaya
menghafal skrip yang dirakam oleh para Malaikat yang bertindak
sebagai juru kamera professional yang diiktiraf Allah SWT.


Yakin pada ALLAH bukanlah mengharapkan terkabulnya segala harapan,
Yakin pada ALLAH bukanlah keindahan nikmat,
Yakin pada ALLAH ialah meletakkan KEREDHAAN pada KETENTUANNYA,
Rasa bahagia dengan ujiannya.