Friday, March 9, 2012

HUDUD : PENJELASAN DARI SYEIKH DR. SOLEH FAUZAN AL-FAUZAN (ULAMA TERSOHOR ARAB SAUDI)

Ada jamaah yang berdakwah kepada perbaikan hukum, politik dan meminta penegakan hukum had dan penerapan syariat Islam dalam menghukumi manusia. Ini memang masalah penting, tetapi bukan yang terpenting. Kerana bagaimana boleh dituntut penerapan hukum Allah terhadap seorang pencuri dan penzina sebelum diterapkan hukum Allah terhadap orang musyrik?

Bagaimana mungkin akan dituntut penerapan hukum Allah di antara dua orang yang berselisih dalam masalah kambing dan unta, sebelum diterapkan hukum Allah terhadap para penyembah berhala dan kuburan? Juga penerapan hukum Allah terhadap orang-orang yang menyimpaang dalam memahami nama Allah dan sifat-Nya, sehingga menolak makna yang ditunjukkan oleh dalil serta mengubah kalimatnya? Apakah mereka itu lebih berdosa ataukah orang-orang yang berbuat zina, minum arak dan mencuri? Sesungguhnya dosa-dosa ini merupakan perbuatanburuk terhadap para hamba. Sedangkan syirik, menidakkan nama dan sifat Allah adalah perbuatan buruk terhadap al-Khaliq (Allah). Padahal hak Al-Khaliq haruslah didahulukan daripada hak-hak makhluk.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam kitabnya Al-Istiqamah(1/466) berkata ; "Dosa-dosa seperti ini bila disertai tauhid yang benar, lebih baik daripada kerusakan tauhid yang disertai dosa-dosa seperti ini."

Demikianlah, ada pula jamaah lain yang menisbatkan diri kepada dakwah, namun berjalan di atas manhaj lain yang menyelisihi manhaj para rasul. Jamaah ini tidak memandang kepentingan dan keutamaan aqidah, namun hanya mementingkan sisi ritual ibadah dan membiasakan zikir-zikir di atas manhaj Sufi. Mereka mengutamakan 'khuruj' (keluar berdakwah dalam jangka waktu tertentu) dan siyahah (pengembaraan). Yang mereka pentingkan adalah mengumpulkan manusia bersama mereka, tanpa memperhatikan aqidah mereka.

Syaikh Dr Soleh Fauzan al-Fauzan, Kata Pengantar Kitab'Manhajul Anbiya fid Dakwah ilallah fihil Hikmah wal Aql'oleh Syaik Prof. Dr. Rabi' bin Hadi al-Madkhali. Diterjemah oleh Muhtadin Abrari dengan judul Cara Para Nabi Berdakwah, Pustaka Sumayyah.

Nota :
Syeikh Dr Soleh Fauzan al-Fauzan merupakan anggota Haiah Kibaril Ulama', Jawatankuasa Fiqh Rabitah Alam Islami di Makkah serta anggota Jawatankuasa Pengawas Duat Haji sekaligus mengetuai Lajnah Daimah lil Buhuts wal Ifta'.

Biografi Dr. Soleh Fauzan Al-Fauzan : http://wahonot.files.wordpress.com/2008/04/biografi-singkat-syaikh-shalih-fauzan-al-fauzan.pdf

No comments:

Post a Comment