Tuesday, September 28, 2010

Kenapa 153???

Artikel 153 yang diperjelaskan dalam kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontroversi semenjak Hari kemerdekaan Malaysia dan Lee Kuan Yew merupakan ahli politik yang lantang mempersoalkan keperlua artikel ini sehingga beliau Menjaid Perdana Menteri Singapura. Bagi sesetengah pihak Artikel 153 meletakan bangsa Melayu yang mereka pandang rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar. Kerana Artikel 153 bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan menjamin kedudukan itu.

Secara umum kita semua mengetahui Artikel 153 ini adalah di bawah tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memberi kuasa kepada Raja-raja Melayu (Majlis Raja-Raja) bagi menjaga kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan bumi putera Malaysia. Hanya perkenan Raja-raja Melayu sahaja yang boleh meminda Artikel ini dan Parlimen tidak mempunyai kuasa penuh untuk sebarang pindaan.Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia.

Tetapi perhatikan ironi dan hipokrisi penaakulan (reasoning) barisan intelek kaum tertentu. Mereka tidak teragak-agak bersandar kepada apa juga artikel perlembagaan yang lain, selagi perbuatan itu boleh memanjangkan dan memenangkan hujah mereka. Mereka berpendapat bahawa artikel ini amat berat sebelah kepada kaum yang termaktub dalam artikel ini dan ada yang berpendapat bahawa kerajaan berat sebelah.Perhatikan perbuatan ini dalam kes mempertahankan kebebasan untuk murtad atau kebebasan mempertikaikan segala sesuatu yang dilihat istimewa tentang kaum yang termaktub dalam artikel 153.

Namun juga amati, perhatikan, tafakurkan, dan tawajuhkanlah jika biasa dengan kaedah ini – bahawa dalam berbuat itu semua mereka langsung tidak mahu menyebut Artikel 153. Seolah-olah Artikel 153 tidak wujud...

Adakah Land of Promise itu???

Ada sesiapa yang pernah dengar Land Of Promise.. Tetapi ada sesiapa yang tahu dimanakah Lokasi Sebenar Land Of Promise Itu??? Tiada sesiapa pun yang tahu dan belum pasti di manakah lokasi Land of Promise yang sebenar seperti yang disebutkan dalam kitab Mormon itu yang ditulis oleh ? nabi Joseph Smith itu. Kecuali terdapat golongan yang tertentu sudah tahu akan tempat tersebut.. Pelbagai usaha dan kajian saintifik telah dibuat oleh yahudi zionis untuk menyatakan kepada dunia bahawa Land Of Promise itu di Mesoamerica.Maka terciptalah satu hypothesis iaitu “Meso Hypothesis” untuk memberitahu dunia bahawa merekalah bangsa yang terpilih dan Tanah air merekalah yang terpilih sebagai Land Of Promise yang dijanjikan.

Biarpun sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang,namun sejarah tidak pernah menipu kita ,kitalah yang mencatat sejarah,dan saya selalu berkata pada diri saya bahawa kebenaran tetap ada di sepanjang zaman!

Pada tahun 1995, seorang bekas Professor kimia dari Montana State University iaitu Dr Ralp A. Oslen,Ph.D telah menulis sebuah buku hasil dari kajian spesifik beliau bertajuk : The Malay Peninsular as the Setting for the Book Of Mormon , sebuah buku setebal 295 mukasurat itu menyanggah dakwaan Meso Hypothesis tetapi membuktikan kepada dunia dan zionisbahawa apa yang mereka dakwa Land Of Promise dalam kitab Mormon itu adalah Meso America adalah palsu dan ciptaan mereka untuk mengaburi mata manusia lain di atas muka bumi ini!
Dalam bukunya yang penuh dengan kontroversi itu,beliau telah menyokong sepenuhnya teori atau The Malay Hyphotesis ( Mala Hypothesis) setelah membuat kajian terperinci dari segala aspek termasuk mengkaji semula apa yang tertulis dalam kitab agama tersebut....

Selepas itu beliau membuat kesimpulan dan mempunyai kepercayaan yang penuh bahawa Land Of Promise itu adalah Semenanjung tanah melayu atau Semenanjung Emas ! Bukti-bukti yang dikemukan oleh beliau amat memukau pemikiran saya.Perincian dan penerangan yang khusus tentang lokasi lokasi terpilih dalam Kitab Mormon itu diterangkan secara logik,berfakta dan cukup bijak.Contoh yang saya sertakan disini adalah sedikit berbanding dengan apa yang beliau tulis dalam bukunya yang setebal 295 mukasurat itu:

Banyak perkataan ini merujuk kepada Bandar Bandar yang ada di Land Of Promise , ada disebut dalam kitab Mormon itu seperti : neck of land adalah Segenting Kra,Zarahemla adalah Tanah Merah,Bountiful adalah Kota Bharu,Moroni adalah Maran,Nephi adalah Kuala Pilah,Mormon adalah Malim,River Sidon adalah sungai Kelantan,Manti adalah Gunung Tahan,Corianton adalah Kuantan, Antiparah adalah Tapah,Mulek adalah Pasir Puteh,ada juga disebut Cameron Highland dan banyak lagi…anda boleh membacanya sendiri!

Hypothesis dari Dr Oslen ni mengatakan bani israel ke 13 (bani khazar) yg dikatakan hilang dari tanah Kanaan satu masa dulu mengembara dan belayar mencari zion hingga sampai ke Malay Peninsula dan mereka menggelarkannya sebagai "the Land of Promise". Teori Dr Oslen ni adalah berdasarkan dari manuskrip - Book of Mormon (BM), yg dipadankan lokasinya berdasarkan dari keadaan geografi yg diterangkan dalam BM ini dan mendapati ianya bertepatan dengan keadaan geografi di Malay Peninsula. Apakah kepentingannya bani ke 13 yg hilang ini hingga ramai scholar yg mengkaji Book of Mormon itu????

Kita yang tinggal di Malaysia ini kena faham dan tahu kenapa Malaysia menjadi tumpuan utama kepada organisasi tertentu yang berkehendakkan seseuatu.. Ketahui lah gerakan-gerakan oleh organisasi tertentu ada tujuan disebaliknya...Kita buka mata, buka minda fikir-fikirkan bersama...