Saturday, March 26, 2011

AKU SAYANG BUMI..

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup pegang TIN minuman
yang sudah habis sehingga aku jumpa
Tong Sampah RECYCLE dan letak kesana.

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup bagitahu
Pak Cik, Mak Cik, akak, abang ,adik
Saudara-saudaraku,, awekku atau isteriku
buang sampah kedalam tong sampah.

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup membawa beg serbaguna
kemana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja
semasa aku berbelanja
aku tidak malu membawanya bersama

Akus sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku tidak akan cetak banyak-banyak
artikel,dalam bentuk kertas
sayang pokok yang ditebang utk buat kertas

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku sanggup sebar sms
"AKU SAYANG BUMI"
Hantar emel atau artikel
"AKU SAYANG BUMI"

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
AKu akan buat program "Keluarga BUMI"
kerana didikan kempen keluarga lebih baik

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Setiap Hari adalah Hari BUMI
Bumi juga makhluk ALLAH S.w.T
Bumi juga patut mendapatkan doa.

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku berusaha meminta saintis
mempercepatkan BioFuel..

Aku sayang BUMI,,
Jika aku sayang BUMI
Aku buat apa yang termampu
Kerana aku tahu
apa yang hendak dibuat memang mustahil.

SAYANGI BUMI kita
kita buatlah apa yang patut
Untuk Selamatkan BUMI kita...


Nukilan Faezan Amidun
27 March 2011

Monday, March 7, 2011

Dimana kah KAMU...

Hari ini aku memandang ke atas
aku melihat ramai di sini
Namun aku melihat
bukan sewaris aku
bukan dalam golonganku
bukan dalam seangkatan solatku
cukup seksa aku melihat begitu kurang yang sewarisku
Namun sikit untuk aku banggakan
melihat yang segelintir
krana begitu kuat
menyulusuri liku-liku untuk ke atas
namun ku melihat dimanakah yang lain
aku bertanya
aku mencari
Dimanakah kamu,

Aku melihat dipertengahan antara atas dan bawah
Aku melihat cukup hampir ramai di sini
Namun aku melihat
bukan sewaris aku
bukan dalam golonganku
bukan dalam seangkatan solatku
cukup untuk aku terluka apabila
melihat begitu kurang yang sewarisku
Namun aku bangga melihat kerana bilangan yang ramai
Aku berharap terus kuat dan tabah
Untuk mendaki lebih tinggi
Jangan terlalu cepat untuk berpuas hati
Kerana masih ada tempat diatas
Untuk diisi
Untuk dikongsi dan diimarahkan bersama
namun ku melihat dimanakah yang lain
aku bertanya
aku mencari
Dimanakah kamu,

Aku melihat dibawah
Terlalu ramai ada di sini
Sewaris aku
Dalam golongan aku
Seangkatan solatku
Cukup sesak aku melihat
Teruskan kuat dan tabah
Tongkat dan pancing ikan diberikan
Gunakan sebaiknya
Mungkina agak payah adakalanya ikan bermusim
Penternakan diladang
Lambat membesar dan cukup gemuk
Namun usaha kamu itu akan menampakkan lebih
Tabahkan HATI berharap kpd Ilahi
Agar HATI terus tabah..

Dimanakah kamu,
Saat ingin bersatu,
Sering kita mempersoal
persoal setiap yang satu,
Persoal Jaminan masa depan
Persoalan demi kepentingan tersendiri

Dimanakah kamu,
saat ingin bersatu,
Mencari yang satu
mencari kebersamaan
untuk mencari penyelesaian
untuk mencari puncanya
Kita sering bertelagah
Atas nama tertentu
untuk apa itu semua
Kita sering terlupa

Dimanakah kamu,
Dalam mencari titik penyatuan
Cukuplah sejarah mengajar kita
Cukuplah kekayaan dunia direbut
Cukuplah darah menitis disebabkan sesama sendiri
Cukuplah setiap titisan darah yang tertumpah
Cukuplah titisan air mata yang mengalir
Cukuplah melihat kerana terasa sakit jua
Cukuplah ratusan tahun kita dijajah
Namun jangan pernah menyesal mengalirkan
darah dalam perjuangan untuk mempertahankan
apa yang sudah dikecapi
Kita mempunyai kebersamaan
Atas nama Agama, Bangsa dan Negara...



Faezan Amidun
22 Febuari 2011