Saturday, June 27, 2009

Adik2 Siswa & Siswi baru...

Kenapa sedih apabila berpisah
Kenapa tidak sedih ketika berjumpa
Kenapa sedih akan perpisahan
Kenapa tidak sedih akan perjumpaan

Apabila kita berjumpa buat pertama kalinya
Kita tahu kita akan berpisah jua suatu hari nanti
Apabila kita berpisah jika ada jodoh sahaja
peratus kita berjumpa akan tinggi

Semalam aku (sbg AJK Protokol dan Sambutan Pelajar) bertugas di Terminal Penerbangan 1 menyambut kedatangan pelajar baru Universiti Malaysia Sabah,ada dengan keluarga ada yang datang seorang sedihnya apabila setiap mereka melihat kehadiran kami (PROSAM) di Terminal Penerbangan 1 dalam keadaan itu ada lagi masih Keadaan yang blur seperti tidak percaya akan datang ke Negeri DI Bawah Bayu ini. "Adik jangan risau kami (pelajar senior) akan bantu adik-adik yang baru datang ini"pesan daripada Pembimbing Suai Mesra (PSM) kepada adik2 yang baru datang dengan membawa berjuta harapan untuk cemerlang di puncak Menara Gading.Dengan ini perjumpaan semalam akan membawa sebuah episod baru di Kampus dan mencorak kehidupan mahasiswa dan mahasiswi UMS keseluruhannya.dan hari ini aku akan berada di Terminal Penerbangan 2 menyambut kedatangan adik-adik yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi UMS tercinta.

Kehadiran adik-adik semalam aku tahu bahawa suatu hari nanti kita akan berpisah jua insyallah ada jodoh ALLAH pertemukan jua..

Saturday, June 13, 2009

Nafas perjuangan baru...

Mungkin disebabkan tekanan arus teknologi dan persaingan globalisasi menyebabkan kita lupa apa yang diperlukan,sebagai mahasiswa turut terlibat jadi mangsa tekanan ini.
Namun jika dilihat pada masa kini mahasiswa kita cenderung akan yang dikira baik ada buat "derk" dalam bilik kata study tapi lap top di buka game dibuatnya alahai dan ada juga yang benar betul2 study nak target Anugerah Dekan (pointer tinggi) wah! hebat memang hebat betul2 hebat tapi masa dunia pekerjaaan pa yang sebenar-benarnya dikehendaki ya??? Wallahualam Bisawab... Lesu atau tidak lesu itu mahasiswa sudah pandai fikir mana satu yang betul atau tidak.
Jika dilihat mahasiswa kita nie yang berjuang susah jugak kerana mereka lebih cenderung dengan perjuangan politik bukan seperti dahulu nama Aminuddin Baki salah satu pelajar yang aktif dalam perjuangan dalam {Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)} memartabatkan bangsa dan negara,kisah perjuanagan mereka menghiasi dada akhbar serta jadi tajuk berita utama,malah mereka yang terdahulu lebih mengharapkan kesinambungan perjuangan mahasiswa pada masa kini.
Namun apa yang kita teruskan?? kenapa kita terikut-ikut akan perjuangan ideologi politik dalam perjuangan mahasiswa jika dituntut perjuangan mahasiswa, mahasiswa bukan sahaja tuntut hak diri sebagai mahasiswa tapi masyarakat Malaysia keseluruhannya. Hal ini disebabkan kita sebagai mahasiswa sudah dikira bilangan yang ramai dan bilanangan besar yang dikira matang dan bijak berfikir mampu melihat perbezaan apa yang betul dan salah malahan kita adalah salah seorang ada pertalian darah sebagai anak/anak saudara/cucu /adik abang /kakak salah seorang atau lebih kepada rakyat Malaysia.Apa pun fikir-fikirkanlah..