Dipelosok Khurasan ada seorang lelaki miskin yg hidup bersama isteri dan kelima-lima anaknya yang bongsu sakit dan memerlukan wang. Dia mendengar Sultan membahagi-bahagikan barang bantuan kepada segenap rakyat miskin. Namun entah kenapa bantuan belum lagi tiba kepadanya. Mungkin ada petugas yang tamak mengambil bantuan yang hendak disampaikan untuk kegunaan sendiri. Namun dia beristighfar dan bersangka baik terhadap petugas-petugas yang menyampaikan bantuan tersebut.Tiba-tiba terlintas dalam fikriannya bahawa dia ingin terus berjmpa dengan Sultan untuk meminta bantuan secara terus daripada Sultan tanpa menyusahkan petugas-petugas yang lain.
Akhirnya dia berangkatlah ke ibu kota dengan menunggang keldai yang dipinjam dari tetangganya serta sedikit bekalan makanan. Ketika malamnya tiba dia pun singgah disebuah masjid Kota Kecil yang tdak jauh dari Ibu Kota dan menginap di masjid tersebut. Dia ingin berehat disana untuk menyegarkan dirinya yang kepenatan dan berharap dapat bertemu dengan Sultan dengan keadaan yang baik.
Selesai solat Subuh dia pun keluar dari masjid untuk menuju ke Ibu Kota. Namun malangnya ,keldai yang dipinjam dari tetangganya itu telah hilang tdak ketahui dan di kesan. Hatinya sedih bukan main. bermain dalam fikirannya siapalah yang sanggup mengambil keldai yang dipinjamnya itu namun dia teruskan juga niat asal perjalanannya menuju Ibu Kota. Dia berniat akan menggantikan keldai yang dipinjam itu setelah mendapat bantuan yang diberikan oleh Sultan nanti.
Perjalanan dari Kota Kecil menuju ke Ibu Kota membuatnya melangkah dengan lemah ia menuju ke Istana namun tetap bersemangat.
Sebaik dipintu gerbang seorang pengawal menanahannya dan bertanya
"Mahu apa kamu?"
"aku mahu bertemu Sultan"
"Ada apa perlu?"
"Aku dari sebuah kampung di Khurasan, kerana kesusahan yang aku alami aku ingin bertemu Sultan dengan minta bantuan daripada Sultan"
"Baiklah aku mengizinkanmu menemui Sultan tetapi dengan satu syarat yang kau terpaksa ikuti"
" Apa syaratnya?"
"Jika kau mendapat apa yang kau minta daripada Sultan,kau harus memberinya separuhnya kepadaku! jika tidak mahu ,maka kau tidak ku izinkan masuk ataupun akan aku rampas sendiri daripada kau nanti"
“Baiklah kalau begitu" jawabnya dengan terpaksa
Bertambah sedih hatinya bahawa sangkaannya selama ini semakin benar bahawa terdapat petugas suka memeras orang miskin mahupun mengambil bantuan-bantuan kepada orang miskin. Dia pun masuk istana dengan hati yang pilu. Rakyat kecil seperti dirinya masih jg diperas terus benderus apatah lagi orang yang lebih susah daripadanya. Belum mendapat apa yang diminta sudah diperas dengan semena-mena.
Akhirnya sampai dipintu kedua yang menghubungkan Dewan Utama Istana. Dia hendak masuk,namun seorang penjaga mencegahnya dan mengherdiknya dengan suara yang keras.
sebaik dipintu gerbang sekali lagi seorang pengawal menanahannya dan bertanya
" siapa kau?”
“Aku rakyat negeri ini,aku dari sebuah kampong dipelosok negeri ini”
"Ada apa keperluanmu masuk Dewan Utama Istana"
" Aku ingin bertemu Sultan dan memohon bantuan sendiri daripada Sultan. Aku kira baginda boleh bantuan dengan segera kepada aku"
"Jika itu harapanmu ,aku izinkan namun ada syarat yang harus kau ikut. Jika tidak aku tidak akan izinkan kau masuk kerana aku adalah orang yang menjaga pintu ini sebelum bertemu dengan Sultan. Hanya satu syarat yang mudah kau turuti"
"Syarat yang mudah! Aku turuti syarat itu dan apakah syarat yang aku harus turuti itu?”
"Syarata yang begitu mudah iaitu sekiranya kau mendapat apa yang kau kehendaki daripada Sultan sendiri, hendaklah kau memberiku separuh daripada apa yang kau dapat. Sekiranya kau tidak ingin menuruti aku boleh halau kau segera dengan helah aku sendiri dan ingat akulah pemudah kau masuk kedalam "
“Baiklah kalau begitu aku berjanji”
Semakin pedih hatinya,sungguh pemerasan seperti itu berlaku dengan semena-menanya. Jika ia mendapat 100 dirham dia akan keluar dr istana dengan tidak membawa apa-apa. Sebab setengahnya sudah diberikn pengawal yang pertama dan selebihnya sudah tentu akan diambil oleh penjaga kedua Dewan Utama Istana namun ia tetap melangkah masuk menemui Sultan kerana jika dia tidak turuti janji penjaga kedua tadi sudah tentu dia akan dihalau dengan tipu helah boleh jadi dia dipenjarakan.
Setiba Dewan Utama Istana dia diberi salam sendiri dari Sultan dan Sultan bertanya kepadanya
“Kau dari mana dan apa keperluanmu”
“Sultan aku datang dari jauh,dari kampong di pelosok Khurasan dan aku datang ingin meminta sesuatu dari Sultan dan mohon Sultan mengkabulkan harapan ku itu.”
“Apa permintaan mu itu katakanlah jika aku mampu akan aku menunaikan tanggungjawab yang diberikan ini.”
“Sultan aku ingin meminta hukuman sebat 100kali”
Terkejut Sultan dan para menteri yang ada disitu mendengar permintaan yang sebegitu aneh.
“Kenapa kau meminta hukuman? kenapa minta yang aneh-aneh kenapa ingin sesuatu yang menyakitkan dirimu sndiri? Sedangkan kau datang dari jauh pelosok negeri ini” tanya Sultan dengan penuh persoalan bertubi-tubi .
Akhirnya lelaki miskin itu pun menceritakan keadaannya menunggu bantuan yang telah Sultan berikan kepada penduduk miskin dinegeri itu, keadaan keluarganya serta perjalanannya menuju Ibu Kota. Keldai yang dipinjam bersama bekalannya itu hilang dan dua pengawal yang suka memeras dengan syarat yang mengugut ,seorang pengawal pagar dan penjaga pintu Dewan Utama Istana.
Sultan senyum mendengar permintaan lelaki miskin itu, reaksi Sultan itu sekali dengan perintah baginda.
“Baiklah permintaan itu akan ku kabulkan dan setelah itu akan aku berikan kau hadiah yang khusus. Menteri panggil kedua pengawal yang dikatakan itu kesini sekarang juga”
Tidak lama kemudian pengawal itu pun tiba dengan wjah yang ceria.mereka membayangkan akan mnerima hadiah dari Sultan atas permohonan lelaki miskin itu.
“Kamu berdua pengawal adakah kamu kenal dengan lelaki ini? Tanya Sultan
“Ya! kami kenal Sultan lelaki itu” jawapan dengan penuh semangat.
“Dan dia berjanji akan memberi separuh daripada apa yg didapatkannya dariku? Tanya Sultan bagi memastikan kebenaran cerita yang telah diceritakan.
“Ya ,benar wahai Sultan”
“Baiklah kalian akan menerimanya. Dari jauh dia datang kepadaku meminta hukum sebat 100kali.. kalian akan menerimanya masing mendapat separuh , 50 sebatan setiap seorang”
Keduanya memohan keampunan daripada Sultan.
Namun Sultan berkata
“Sebagai Sultan menunaikan permintaannya sebahagian tanggungjawab dan amanah , dan Hadiah sebatan adalah permintaannya dan Hadiah sebatan adalah sebahagian yang kalian meminta daripadanya. Ini juga adalah pengajaran buat kalian dan seluruh rakyat negeri ini agar tidak ada mengikuti langkah seperti kalian”
Akhirny kedua pengawal itu di iring keluar dari Istana dan disebat sebanyak 50kali setiap seorang yang disaksikn oleh rakyat jelata. Ramai yang tergelak kerana mengetahui kisah kedua pegawal yang disebat itu malah mereka berkata "jgn tamak dan menindas yang lemah inilah akibatnya".
Sementara itu lelaki miskin tadi dipanggil kembali oleh Sultan
"Ini hadiah khusus buatmua3ribu dinar. 2ribu dinar untuk dirimu serta keluarga. dan 500 lagi berikan kpd tetanggamu sebagai ganti rugi keldai yang dipinjam telah hilang. Dan seribu dinar lagi bagikan kepada fakir miskin yang ada dikampung mu. Sekarang pergilah kekandang kuda minta lah seekor kuda dari penjaga kandang. Jika penjaga itu meminta atau memeras seperti pengawal tadi kembali kesini laporkan kepadaku akan aku berikan hadiah sebatan. Dan tabib Negara ini akan mengikuti kamu kekampung merawat anakmu dan penduduk kampung yang lain jika ada yang sakit"
Lelaki miskin itu pun pulang bersama tabib Negara ke kampungnya dengan gembira kerana bantuan yang diberikan bukan untuk dirinya tetapi seluruh penduduk kampungnya. Ia berharap tiada lagi manusia yg tamak spt pengawal itu mereka sudah digaji tetapi masih tamak ingin memngambil hak orang lain.. Petugas-petugas yang seharusnya member bantuan ke kampung tempat lelaki miskin tadi pun segera memberikan bantuan kerana takut dihukum dari Sultan sendiri.. Pengajarannya begitu jelas buat diri kita sendiri yang membacanya..
No comments:
Post a Comment