Sunday, July 17, 2011

Semusim buah mangga seumpama kemunculan purnama

Semusim buah mangga,kehadiran MUSIMNYA mempengaruhi persekitaran sungguhpun ianya hanyalah "BUAH MANGGA" seumpama PURNAMA muncul hanya sekali dalam kitarannya. Tatkala ia menimbulkan diri,amatilah ia selagi mampu. Tidak mungkin akan kedapatan untuk mengamatinya lagi jika ia sudah menghilang pada kitarannya itu. Jika terlepas pada kitarannya itu berdoalah agar masih ada kesempatan pada masa akan datang untuk menatap PURNAMA.

Mangga berbuah dalam musimnya sungguhpun kini terdapat teknologi sains membolehkan ia berbuah sepanjang musim namun ia amat berbeza dalam musimnya yang tersendiri,. Musim yang dinanti bagi yang memiliki pohon mangga, musimnya datang memberikan hasil lumayan bagi yang menuai buahnya,. kehadirannya mempengaruhi persekitaran sungguhpun ianya hanyalah "BUAH MANGGA",tetapi hasilnya dan kualiti buah yang bakal dituai itu adalah lebih penting. Semusim ia berbuah dalam semua buah yang ada itu terdapat sebilangan buah yang gugur ke muka bumi, ternyata yang jatuh itu menjadi rezeki kepada makhluk ALLAH S.W.T yang lain dan bukan hanya hak manusia semata-mata jika diamati pohon mangga itu terdapat teman yang menemani seperti burung dengan sarangnya, kerengga dengan sarangnya dan lebah dengan sarangnya. Ternyata semusim buah mangga ini membuat lebih banyak makhluk ALLAH senyum dan mengingatkan diri manusia itu sendiri tentang erti kehidupan serta keagungan Ilahi. sebelum musimnya tiba pepohon melalui masa-masa kesukaran dalam mengharungi musim-musim yang lain sebelum tiba musimnya. Bila tibanya musim berbuah , selain ia memberikan hasil ,ia mewarnakan suasana persekitarannya. Musim berbuahnya pada kali ini amat berbeza pada yang sebelum dan masa akan datang keriangan dan suasana persekitaran dan orang yang menemani MUSIMNYA. Jika berkesempatan jaga dengan baik pohon mangga tersebut baja dan ubati dari jangkitan penyakit serta kukuhkan pohonnya agar ia tetap utuh dimuka bumi ALLAH. Semoga berkesempatan menikmati musim mangga pada masa akan datang.


Zan memilih "MANGGA" sebagai analogi dalam menyampaikan hasrat dihati dalam perkongsian ini. Yang merasakannya dan yang menginsafi kehadiran MUSIMNYA akan mengetahui masa tetap berlalu dan peluang serta kesempatan itu tetap ada selagi mengambil peluang dan kesempatan yang ada. Yang lalai dan tidak bersedia akan terlepas musim itu begitu sahaja dan mengharapkan musim yang akan datang jika BERKESEMPATAN namun adakah ia masih sama. Usah difikirkan sangat adakah ia sama ataupun tidak tapi fikirkan bila tiba MUSIMNYA rebutlah ia kerana jika sekali lagi kita terlepas MUSIMNYA mungkinkah kita MASIH ada peluang menikmati MUSIMNYA pada musim hadapan..

Saturday, July 16, 2011

Masih ada yg ingkar dengan titah DYMM Yang Di-Pertuan Agong..

Titah Khas


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.





Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.


Sumber: Bernama dan PENGHUNI GUA

Zan:
Satu minggu sudah berlakunya CERITA 09JULAI2011 dan bakal menjadi sejarah dan sebutan dalam arena negara,,malahan warna-warna menjadi mangsa dan jika difikirkan terdapat ada pihak yang bertepuk tangan melihat perkara-perkara yang terjadi dan yang menyertainya pula majoriti golongan bumiptra. Siapa yang sanggup membiayai CERITA TURUN PADANG ini? Ramai pemimpin PIHAK INI turun menyertai tetapi selepas itu mereka menghilang ke mana? berlakon? atau update blog,facebook mahupun twitter agar dapatlah penyokong mereka melihat pemimpin mereka menjadi HERO.. berita dan cerita tertulis memenuhi hiasan akhbar dan blog-blog tidak kira penyokong kerajaan mahupun penyokong BERSIH 2.0 . Yang menyedihkan media-media asing begitu rancak mengatakan DEMOKRASI MALAYSIA bukan mencapai standard mereka malahan beberapa berita tidaklah digambarkan sebagaimana berita yang disampaikan. Cukup cemburu mereka terhadap Negara Malaysia ini,. Sebagai rakyat yang menyayangi kedaulatan Negara ,kita pertahankan kedaulatan Negara kita. Banyak saluran yang boleh diguna pakai seandainya terdapat ketidakadilan berlaku. Yang terlibat bakal mendapat HABUAN dan BELA lah diri sendiri dan minta tolong BOS-BOS yang membawa diri sendiri kedalam DEMONSTRASI mungkin masih ada belanja yang belum dibelanjakan oleh mereka dalam CERITA 09JULAI2011..


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan keras supaya melazimi ketaatan kepada pemerintah dan tidak bertindak menzahirkan sikap kepembangkangan secara umum dengan katanya,

من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية


“Sesiapa yang membenci sesuatu dari tindakan pihak pemimpin, maka hendaklah dia bersabar, kerana seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemimpin walaupun satu jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum jahiliyyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/51, no. 6610)




AMBIL IKTIBAR APA YANG BERLAKU KEMBALI LAH KEPADA HUKUM ALLAH SWT,.Ini kerana tidak ada satu jua amal ibadah yang membawa kebaikan dalam beragama melainkan semuanya (kaifiyat/tatacara dan fadhilatnya) telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Tidak mungkin ibadah dan akidah Islamiyyah berevolusi hasil daripada campur tangan manusia biasa, bermula sejak kewafatan Nabi sehinggalah ke Hari Kiamat.



Khutbah Rasululah s.a.w Mengenai Dajjal..

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta
huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk"

Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya:

"Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi."

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A'lam.

Kisah Tamim Ad-Dari bertemu dengan Dajjal

Dari hadis sahih riwayat Imam Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:

“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam

Kisah Seorang Kiai & Pemuda..

HAYATI CERITA PEMUDA INI DENGAN KIYAI DAN AMBIL IKTIBAR DARINYA:

PEMUDA : ANDA SIAPA DAN APAKAH BISA MENJAWAB PERTANYAAN-PERTANYAAN SAYA?
KIYAI : SAYA HAMBA ALLAH DAN DENGAN IZIN-NYA SAYA AKAN MENJAWAB PERTANYAAN ANDA.

PEMUDA : ANDA YAKIN? SEDANGKAN PROFESOR DAN RAMAI ORANG YANG PINTAR TIDAK MAMPU MENJAWAB PERTANYAAN SAYA.
KIYAI : SAYA AKAN MENCUBA SEJAUH KEMAMPUAN SAYA

PEMUDA : SAYA ADA 3 PERTANYAAN:-

1. KALAU MEMANG ALLAH ITU ADA,TUNJUKKAN WUJUD ALLAH KEPADA SAYA.
2. APAKAH YANG DINAMAKAN TAKDIR?
3. KALAU SYAITAN DICIPTAKAN DARI API KENAPA DIMASUKAN KE NERAKA YANG DIBUAT DARI API, TENTU TIDAK MENYAKITKAN BUAT SYAITAN.SEBAB MEREKA MEMILIKI UNSUR YANG SAMA. APAKAH ALLAH TIDAK PERNAH BERFIKIR SEJAUH ITU?

TIBA-TIBA KIYAI TERSEBUT MENAMPAR PIPI PEMUDA TADI DENGAN KERAS.
PEMUDA (SAMBIL MENAHAN SAKIT) : KENAPA ANDA MARAH KEPADA SAYA?

KIYAI : SAYA TIDAK MARAH...TAMPARAN ITU ADALAH JAWABAN SAYA ATAS 3 PERTANYAAN YANG ANDA AJUKAN KEPADA SAYA.

PEMUDA : SAYA SUNGGUH-SUNGGUH TIDAK MENGERTI.
KIYAI : BAGAIMANA RASANYA TAMPARAN SAYA?
PEMUDA : TENTU SAJA SAYA MERASAKAN SAKIT.
KIYAI : JADI ANDA PERCAYA BAHAWA SAKIT ITU ADA?
PEMUDA : YA!
KIYAI : TUNJUKAN PADA SAYA WUJUD SAKIT ITU!
PEMUDA : SAYA TIDAK BOLEH.
KIYAI : ITULAH JAWABAN PERTANYAAN PERTAMA...KITA SEMUA MERASAKAN KEWUJUDAN ALLAH TANPA MAMPU MELIHAT WUJUDNYA.

KIYAI : APAKAH TADI MALAM ANDA BERMIMPI AKAN DITAMPAR OLEH SAYA?
PEMUDA : TIDAK.
KIYAI : APAKAH PERNAH TERFIKIR OLEH ANDA AKAN MENERIMA TAMPARAN DARI SAYA HARI INI?

PEMUDA : TIDAK.
KIYAI : ITULAH YANG DINAMAKAN TAKDIR.
KIYAI : TERBUAT DARI APA TANGAN YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENAMPAR ANDA?

PEMUDA : KULIT.
KIYAI : TERBUAT DARI APA PIPI ANDA?
PEMUDA : KULIT.
KIYAI : BAGAIMANA RASANYA TAMPARAN SAYA?
PEMUDA : SAKIT.
KIYAI : WALAUPUN SYAITAN DIJADIKAN DARI API DAN NERAKA JUGA TERBUAT DARI API, JIKA ALLAH MENGHENDAKI MAKA NERAKA AKAN MENJADI TEMPAT YANG MENYAKITKAN UNTUK SYAITAN.

Disebalik 09/07/11

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa. Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

Pegawai perubatan turut ditugaskan untuk mereka yang tidak sihat atau cedera



PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat

PDRM turut menyediakan kemudahan yang selesa untuk mereka bersolat dan berehat.


- Sumber: mStaronline



Bagi zan:

TERIMA KASIH SEMUA KAKITANGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJAGA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA PADA 9 JULAI 2011 (SABTU) DENGAN PENUH BERHEMAH DAN PROFESSIONAL SEHINGGA MENGALAMI KECEDERAAN YANG SERIOUS. TIDAK MENGIRA FAHAMAN POLITIK PESERTA DEMONSTRASI BERSIH MAHUPUN PATRIOT. iulah nama KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG UNDANG..


Kutujukan khas lagu ini buat


BERKIBAR SANG SAKA BIRU
GAGAH SENTIASA
PUSAKA POLIS DIRAJA
INILAH AZIMAT KITA

LAKA BIRU WARNA MULIA
LAMBANG SETIA KEPADA NEGARA
OBOR BAKTI PENGGERAK JIWA
NUSA BANGSA DIJAGA

SANG SAKA BIRU BENDERA KITA
BERKIBAR SETIAP MASA
BERSATU SEMUA
AMAN JAYA NEGARA....

TERUSKAN PERJUANGANMU MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA KERANA SATU HARI NANTI MEREKA YANG PERNAH MEMAKI HAMUN POLIS AKAN SEDAR KENAPA TINDAKAN DIBUAT..