Saturday, February 7, 2009

The Legend Of Fantasy Mahasiswa

Di dalam alam fantasi mahasiswa..
Penghuninya sering diserang oleh bencana yang dinamakan “KEBOSANAN” dan “MALAS”, Dan disebabkan itulah lahirnya wira-wira yang berjuang menentang “Raksasa KEBOSANAN” dan “Raksasa MALAS” demi membela nasib rakyat jelata…
Wira-wira yang mempertaruhkan nyawa mereka tanpa mengharapkan balasan….
Mereka di gelar Wira RAJIN dan Wira CEKAL..
KEBOSANAN dan MALAS begitu mengerunkan…
Makanannya ialah nyawa dan minda manusia…
Dan pada setiap musim yang selesa iaitu sebelum dateline telur-telur KEBOSANAN dan MALAS akan mula menetas….
Membentuk lebih banyak lagi KEBOSANAN dan MALAS…
Di sinilah datangnya cabaran Wira RAJIN dan Wira CEKAL…..Untuk menghapuskan KEBOSANAN dan MALAS….dan seterusnya mengekalkan kebahagiaan penghuni dan meneruskan kehidupan ALAM MAHASISWA untuk terus hidup lebih aman dan CEMERLANG…....

No comments:

Post a Comment