Tuesday, July 28, 2009

Cerita....

Kadang kala masalah tak akan pernah tamat,.
Yalah kadang kala masalh itu berkesinambungan
macam cerita drama dalam TV tu
boleh jual cerita nie,,hehehehe
Aku faham kehidupan ini kita kena tempuhi
Kerana kita adalah pelakon utama dalam cerita kehidupan kita sendiri
yang penting kena ikut landasan utama.
Skrip kadang spontan dan perwatakan kita adalah diri kita sendiri
yang penting AGAMA kita adalah panduan
Kitab-kitab AGAMA kita adalah rujukan
Padang Mahsyar adalah tempat berlangsungnya pemberian
anugerah masing-masing kepada para pelakon yang berjaya
menghafal skrip yang dirakam oleh para Malaikat yang bertindak
sebagai juru kamera professional yang diiktiraf Allah SWT.


Yakin pada ALLAH bukanlah mengharapkan terkabulnya segala harapan,
Yakin pada ALLAH bukanlah keindahan nikmat,
Yakin pada ALLAH ialah meletakkan KEREDHAAN pada KETENTUANNYA,
Rasa bahagia dengan ujiannya.

No comments:

Post a Comment