Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (teka-teki ) :
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? '
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ' .
Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ? '
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A ' raf: 179).... Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. '
IMAM GHAZALI ' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 )..
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. '
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI .. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)...
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ? '
Murid 1 = ' Kapas '
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT
. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...Sedarlah andai kata kita itu mneyakiti atau digunakan pada sia-sia dan niat yang salah.."Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" (Surah Al-Baqarah:235)..
Untuk mengetahui apakah hakikat sebenar kesedaran,seperti dikatakan oleh Saidina Ali yang bermaksud:"Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)" .Amat mendalam dan tersirat maknanya. Setelah kita meninggal dunia kelak barulah hakikat kehidupan tersingkap dengan sejela-jelasnya,keinsafan yang sebenarnya dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika didunia. Di perhentian terakhir itulah manusia akan hidup berkekalan sama ada dengan limpahan nikmat selama-lamanya,sebelum tiba di titik pengakhiran itu, manusia akan terus mengembara.. Kesedaran dalam teka-teki yang Imam Al-Ghazali ajukan bersama murid-muridnya adalah memberi kesedaran dengan tegasnya, mata hati yang celik apabila kita melihat kehidupan ini sejajarnya dengan kehendak atau ketetapan ALLAS S.W.T...