Tiada sesiapa yang tahu,
Melainkan ALLAH S.W.T yang tahu bahawa kasih ini aku tujukan padamu,
Meskipun kurasakan mustahil untuk kugapai,
tetapiku tahu ALLAH Maha Mengetahui hasrat hatiku,
ALLAH mengujiku kekuatan hatiku kepada dirimu.
Serikandi Hatiku
Padamu terhimpun pekerti tinggi,
Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan,
Senyumanmu manis menenangkan hati,
Bicara lembut menawan hati,
Kurniaan Ilahi kepada hati ini untuk
saling kasih-mengasihi sesama insan,
Pintu hatiku dibuka untuk memberi kasih kepadamu,
Hatiku yang sederhana ini,
Dizahirkan untukmu ku abadikan didalam hatiku,
Serikandi Hatiku
Pada mulanya aku risau dan ragu-ragu,
Aku takut hatiku dipermainkan dalam mainan syaitan dan iblis,
Namun aku menggunakan senjata orang mukmin,
Pohon petunjuk daripada Ilahi InsyALLAH,
Aku rujuk kepada Ayah Bonda,
Aku lemah dan masih dalam tidak menentu,
Namun aku dipujuk dengan senjata yang aku gunakan,
Aku diberikan petanda dan petunjuk
yang tidak putus-putus,
Ya ALLAH seandainya aku diberikan petunujuk melalui
Isthikarah dan doa,
Aku menerima dengan sujud kesyukuran.
Sungguh Agung Cinta kepada-Mu,
Engkau kurniakan aku kasih agar aku tidak sunyi
dalam perjuangan menuju-Mu Ya ALLAH,
Serikandi Hatiku
Ku sedari awal bahawa diriku hanyalah seorang sederhana,
Dengan rendah diri ini aku seorang yang kerdil,
Aku tidak sehebat ayahandamu
Laksana seorang perwira dan Pemimpin dalam keluargamu,
Mahupun mana-mana lelaki dalam keluargamu,
Namun aku juga lelaki,
Seoarang lelaki yang mampu memerah keringat dan berjuang,
Untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang ketua keluarga,
Aku diciptakan dengan naluri seorang penakluk HATIMU,
Serikandi Hatiku
Akumenyintai dirimu kerana ALLAH S.W.T,
dengan petunujuk daripada-Nya,
Kebaikan , keindahan akhlakmu, keimanan dan ketaqwaanmu,
Lantas akau letak harapan
Adakah kau tahu?
Adakah kau merasai?
Insaf akan daif diriku ini,
Aku yang berhati batu begitu keras,
Mampu lembut selembut kapas,
Mampu menangis,
Dalam kerinduan dengan penuh pengharapan,
Dalam gelap dan sunyi,
Kau tetap hadir dalam sujud dan doaku kepada Pemilik Cinta yang Agung.
Serikandi Hatiku
Tiada apa yang mampu ku sampaikan bicara hatiku ini,
Lantaran dalam kesederhanaan diriku ini,
Meskipun cinta dan perhatian daripadamu kudambakan,
Memang aku kerdil,
Namun jangan meragui kekerdilan
kerana aku sang penakluk mampu menakluk hatimu,
Aku tahu kau merasakan yang sama,
Kerana aku yakin nama mu turut tertulis di LUH MAHFUZ untuk kasih ku,
Serikandi Hatiku
Aku rasa kau pun tahu,
kau kurniaan kepada diriku ini dalam melengkapi tuntutan Agama
ALLAH S.W.T merahmati bagi insan yang melengkapi tuntutan Agama-Nya
kerana ianya sebahagian sunnah Rasulullah.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat
dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu
untuk melengkapkan sebahagian agamaku,
Aku lah yang mendampingi kau kelak Serikandi Hatiku,
Kau dan akan disatukan dengan ikatan Pernikahan,
Dengan restu ayahanda dan bonda kita,
Kuharapkan jalinan berpanjangan selagi kasih yang terbina kerana cinta kepada-Nya.
Amin ya Rabb..
Nukilan
Faezan Amidun
21 Disember 2010..
No comments:
Post a Comment