Monday, April 11, 2011

Gelombang BIRU VS Gelombang JINGGA

Manifesto Barisan Nasional


Manifesto Pakatan Rakyat

Teka-teki mula terjawab apabila Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri di Petra Jaya di Kuching. sungguhpun perjumpaan tersebut adalah perjumpaan bulanan antara Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri. Namun ianya memberikan spekulasi kuat yang mengatakan bahwa PilihanRaya Negeri Sarawak kian hampir. Setelah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng kepada Abdul Aziz sendiri dengan disaksikan oleh beberapa anggota majlis Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 24,000 petugas SPR akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya iaitu membabitkan 1,740 pusat pengundi dan 2,561 saluran pengundi.Setakat suku keempat 2010 seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Pilihanraya sebelum ini menunjukkan bahawa BN Sarawak yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menguasai 62 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006 .Pakatan Rakyat sudah menyatakan bahawa mereka bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya Sarawak pada bila-bila masa. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, setakat ini perkara penting yang melibatkan kepentingan parti-parti dalam pakatan pembangkang termasuk pembahagian kerusi sudah selesai. DAP pastinya sudah termimpi-mimpi untuk memerintah Sarawak. Fokus DAP adalah terhadap orang-orang Cina dan usaha menawan bandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan di mana penempatan kawasan ramai pengundi Cina. Formula kemenangan tipis DAP sebanyak 398 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu,.

Pilihanraya Sarawak kali ini memberi penampilan semula calon Barisan Nasional iaitu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.. Sehingga tempoh menarik diri berakhir , tiada calon yang mengemukakan permohonan untuk menarik diri.Kesemua 213 calon, termasuk 41 calon Bebas, yang mencalonkan diri untuk bertanding di kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri yang ke-10 Sabtu ini, kekal bertanding.. Hal ini bermakna Pilihan Raya pada kali ini akan berlakunya pertembungan antara Barisan Nasional, Pakatan Rakyat , Sarawak National Party (SNAP) dan Bebas.. Pertembungan yang sengit ini dikatakan beberapa calon BEBAS merupakan orang kuat spt Dominique Ng, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan satu-satunya calon PKR yang menang pada pilihan raya lalu, kali ini bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusi Padungan dengan menggunakan simbol BUNGA. Seorang lagi calon Bebas, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin menggunakan simbol KUNCI dalam pertandingan di Balingian, menentang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN) ..

Barsisan Nasional yang menampilkan manifestonya dalam BUKU BIRU dan Pakatan Rakyat Menampilkan Manifestonya dalam BUKU JINGGA. Sebenarnya pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah yang ditunggu setelah Pilihan Raya Umum 12 di mana Keputusan PRU12 cukup memberikan impak terhadap POLITIK Malaysia..Pertembungan antara PKR dan SNAP dalam 20buah kerusi juga cukup mengejutkan dimana Pembangkang Persekutuan VS Pembangkang Negeri yang memberikan persoalan besar kerjasama PEMBANGKANG dan mungkinkah ini satu eksperimen dalam melihat corak pemilihan pengundi. Apa pun semoga YB yang menang pada Pilihan Raya kali ini tidak mengecewakan rakyat yang memilih mereka..

Pilihanraya Sarawak tentunya menjadi hangat kerana keputusannya bakal menjadi petunjuk kepada arus pilihan rakyat bagi pilihanraya umum akan datang... 16 APRIL ini sudah tentunya memberikan kesan yang jelas kepada Pilihan Raya Umum 13..Rakyat Negeri Sarawak menilai Manifeto dan membuat pengundian terhadap pilihan yang terbaik buat mereka..

No comments:

Post a Comment